Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 12, 2013

William Restaurant, Setapak

Ok.. dah lama tak masuk entry makan2. Disebabkan aku tgh diet protin ni, so aku masak hari2 la kat umah. Dah ilang idea nak masak apa, and aku craving nak makan western. Sabtu malam, terus la ajak H pi William kat PJ. Sampai situ nak order platter. Tapi sbb tak ingat ari tu aku order apa.. so main pesan je la. Maklum kat sini x de menu. Sekali datang yg salah.. ermm.. tapi makan la jugak.
 
Nak dijadikan cerita, aku tak puas hati dengan kesilapan mengorder tu, aku request ngan H nak pegi William againnn.. hado? tgh diet2 tu.. huhu. H bagi idea pegi William kat Danau Kota, Setapak. Altho aku cam takut nak pi.. maklum la kot2 tak kena selera lagi kan. Tapi aku ikut je la. Then google jalan nak kesana. Area situ H tau, so senang la. Tak yah nak google beria.
 
So William kat Danau Kota ni senang je nak pi. Masuk ikut Columbia Hospital. Straight je.. and then dah nampak William belah kanan. William kat sebelah Dominos pizza. Terus masuk and aku teruja sebab sini ada menu. Leh la pilih betul2. Portion kat sini besar jugak tapi tak sebesar kat PJ. So aku order Premium chicken+beef+lamb... RM20 je. Terbaik. I loike. H pulak amik Lamb Chop RM20 jugak. Memang best la. Tak sempat amik pic di pertama kali pegi ni.
 
Tak abis lagi entry William Danau Kota ni, percaya ke tidak, esok malam tu kami pergi lagi..huhu.. Tapi kali ni bawak 2 org adik laki aku.. Judin n Fakhrul. Kami pergi selepas melawat anak kawan mak and ayah yang dimasukkan ke IJN. Kawan ayah tu merangkap jurunikah aku dan H hari tu. Memang family frens. Hope anak dia selamat dan sihat kembali.
 
Kali ini ke William, aku amik pic.. So kat bawah ni aku sempat la snap beberapa pic.

 
 

Nasi goreng ketam.. Atas tu ada soft shell crabs
 
 
Minuman kami.. Honey lemon, honey lemon with mints, chocolate avacado
 
 
Chicken parmesan... Best2..
 
 
Premium chicken.. Ok la.. Last visit amik premium chicken + lamb + beef lagi best..
 
 

Mix platter.. Yg ni lebih kurang dengan premium chicken+ lamb+beef.. Cuma ada tembahan ribs.

Ok .. Tu je la makanan kami malam tu... And the price sgt berpatutan...


Tuesday, September 3, 2013

X Box Kinect

Ok.. semangat nak bersenam berkobar2, niat di hati nak beli treadmill, tak beli2 jugak. Too expensive. So aku decide nak beli x box kinect ni. At least aku leh la menari ke.. men game yang interaktif yang boleh menggerakkan badan aku yg debab ini.
 
Hari Sabtu lepas, lepas makan2 kat open house umah adik H, aku ajak H pi Low Yatt. Niat dihati nak usha2 je dulu. Maklum tengah kering. So kami pergi la. Tengok2..tanya2.. fikir2..
 
Tadaaaa : X box Kinect telah ku beli. Fokus2, ini untuk benda baik. Untuk bersenam katanya. So termasuk semalam.. aku masih ber kinect. Bersenam dengan kinect ni pada aku fun. Tak bosan dan aku rasa happy. Dan yang paling best, bebas.. dalam umah sendiri kan.
 
Hari ini dah ilang skit lenguh2 di badan, maklum la, teruja .. last sabtu dpt kinect ni.. beria aku menari.. sudahnya badan sakit. Otot2 aku terkejut gamaknya. :)
 
So jangan putus asa Jirah.. terus kan diet dan jangan lupa bersenam. Gambatte!!!

Diet Atkin

Huhu.. dah lepas raya ni, banyak jemputan untuk ke rumah2 terbuka. Kenduri kawin pun ada. Aku pun semakin mengembang la..huhu. Tak boleh jadi ni, hari tu mak call sembang2 ckp dia jumpa kawan aku kat kg. Dia dah kurus. Terus aku buzz tanya. Katanya dia buat diet Atkin. Apakah? Maklum aku ni memang tak tahu langsung pasal diet Atkin ni. Then aku google la.. selain tu kawan aku ni dah add aku dalam group FB diet Atkin tu. Baca review2 kat dalam tu, tengok pic2 sebelum selepas.. huaaa.. mcm best nya.
 
Aku terus la google2 resepi. Apa yang boleh dan tak boleh makan. Then aku baca kena bersenam jugak. Tak boleh nak diet makan je. So persediaan aku nak mulakan diet ni, aku telah buat sedikit pelaburan.
 
1) Beli magic pan ( non stick pan.. senang nak bakar ayam,ikan and pape je la )
2) Kinect x box ( Yang ni konon2 leh bersenam secara interaktif)
 
Hari ni hari kedua aku diet atkin ni. Sbb takut dengan cabaran makanan.. so aku bermula dengan berpuasa. Bukak puasa aku makan dengan makanan2 yang dibenarkan dlm diet ini iaitu hanya protin. So far so good.
 
Berat hari pertama : 80kg
 
Hope dapatla penurunan berat badan aku ni. aminnn :)