Erm.. detik aku tulis entry ni... adalah detik aku version bodoh yang tak terbilang. Entah kenapa aku masih harapkan lelaki tu. Aku cuba diamkan diri... no sms, no call untuk sehari.. tapi telah 2 malam aku reply him the moment he texting me. Dia mesti tahu kelemahan aku. Kenapa aku yang tak sedar2?
Aku tahu kenapa aku tak sedar2... ni sebab aku sangat mengharapkan dia yang akan menjadi suami aku. Aku sayangkan dia sangat. Perempuan. Sekuat mana pun aku, bila dia bersayang2.. aku cair. Ya Allah... bagi la aku kekuatan. Dah berhari2 aku menangis.. tapi dada aku masih sakit. Aku masih harapkan lelaki itu.
Aku doa sangat, aku boleh ignore him. Just no reply to his text. Aku nak dia tahu yang aku tak perlukan dia lagi. Hopefully malam ni, sekiranya dia masih text aku, aku boleh abaikannya.
Aku kena kuat.. tabah. Perjalanan hidupku masih jauh. Kenapa aku mesti mengharapkan lelaki yang lemah dan tak berpendirian itu. Maybe Allah mahu menduga aku dengan mendatangkan lelaki itu untukku.
Aku teringat dengan kawan ku. Dia berkahwin dengan lelaki yang tak berpendirian jugak dengan harapan lelaki itu akan berubah, namun salah. Lelaki itu langsung tak berubah dan menyebabkan perceraian. Untuk situasi aku ini, aku masih boleh melangkah pergi daripada meneruskan cita2 aku nak bersama lelaki yang konon2 ku sayang sepenuh hati ini.
Aku akan cuba. Ya Allah.. tabahkan dan kuatkan hati hambamu ini. Amin...
No comments:
Post a Comment