Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 23, 2018

Usaha Untuk Menjadi Ibu

Salam bersiaran. Lama sungguh tak update blog ni. Blog ni memang aku khaskan untuk segala macam entry untuk usaha aku menjadi seorang ibu. Kat sini juga aku masukkan details berkenaan rawatan yang aku buat. So bila nak rujuk, just bukak balik blog ini :)
 
Ok tahun 2018 ni aku decide untuk buat rawatan lagi. Kalau previously gagal IUI di LPPKN, kali ni aku cuba mendapatkan rawatan di Yayasan Jabal Nur, owned by Dr Hamid Arshat.
 
Aku mendapat maklumat klinik ini daripada kawan baik aku. Apa salahnya aku mencuba kan.
 
Pada bulan 5 aku call Yayasan untuk membuat temujanji. So aku mendapat tarikh 28 Jun 2018 untuk pertama kali check up disitu.
 
Untuk perjumpaan kali pertama ini. aku dan suami diinterview segala macam soalan berkaitan, antaranya pernah gugur ke tak sebelum ni, apa rawatan yang dah pernah buat dll. Selepas itu kita bukak fail di situ. Kemudian berjumpa doctor plak. Sebelum tu aku sekali lagi di scan la nak tgk apa citer kan. Spt biasa la.. PCOS.
 
So doctor yang consult aku bertanyakan adakah aku pernah buat HSG sebelum ini. 2015 aku dah buat HSG, tapi aku decide untuk ulang balik. Mana tahu kalau ada sangkut mana2 kan. Doktor pun setuju bila aku kata nak buat sekali lagi HSG.
 
So doctor pesan untuk call tempat nak buat HSG pada hari pertama period. Biasanya CD10 akan buat prosedur tu.
 
Untuk pertemuan kali ini, aku dibekalkan dengan :
1) Metformin - stabilkan hormone
2) Antibiotic - Makan selepas prosedur HSG dilakukan
3) Ponstan - Kalau sakit, tapi aku tak mkn. Bertahan je.
 
Kos rawatan kali pertama ini ialah : RM250
 
1.07.2018 (CD1)
Balik rumah. Tetiba 1hb 7 period. cepat plak. So aku call Hospital Tawakal untuk jadualkan HSG.
 
10.07.2018 (CD10)
Hari ke 10 aku ke Tawakal dan buat HSG. Sakit seperti dulu jugak. Tapi boleh tahan la. Doktor yang buat HSG tu maklumkan tiada yang tersumbat pada both tube. Alhamdulillah.
 
Kos HSG : RM290
 
19.07.2018 (CD19)
Temujanji di Jabal Nur. Doktor baca result HSG yang diberikan oleh Hospital Tawakal. Doktor maklumkan apa yg dimaklumkan oleh doctor di Tawakal. Tiub ok. Cuma dinding Rahim tebal. Maybe tu antara penyebab susah nk lekat baby.
 
Doctor bagi ubat norculut ( Ubat ni berfungsi sebagai penguat Rahim atau turunkan darah period) sekiranya tidak mengandung. So ubat ni aku akan makan selama 7 hari. Selepas tu kalau period, kena call klinik untuk appointment seterusnya dan pada CD4 perlu makan clomid (Ubat hormone). Kalau x period, cepat2 buat UPT dan kalau preggy, Alhamdulillah.. perlu jugak ke klinik untuk tgk kandungan luar Rahim atau selamat dlm Rahim.
 
Dalam pertemuan kali ni, aku dibekalkan :
 
1) Norculut
2) Clomid ( CD4 amik kalau period )
3) Obimin
4) Floic Acid
5) Supplement ( Vit E, Vit C dan Fish Oil )
 
Kos meet kali ini : RM313