Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, June 16, 2013

Kedah 160613

Hari ni da sampai Kedah. Tengahari tadi check out kat Penang and pi lunch ngan adik ipar aku sekeluarga. Semalam tak sempat jumpa, so hari ni la pi makan. Diorang bawak aku and H makan ket Kampung Pertama. Masa duk folo kereta dia, aku ngan H da berteka-teki nak makan mana ni.. cam jauh je. Lalu ikut Permatang Pauh bagai.. and akhirnya sampai ke Kedai Makan Nasi Campur Permai Tepian, Kampung Pertama. Masa nak sampai tu punya la banyak kereta parking.. kitorang siap ingat ada kenduri kawin kat situ. Tapi sebenarnya da sampai ke kedai makan yang dimaksudkan. Perghhh ramai giler manusia, siap kami kena tunggu org selesai makan baru leh dapat tempat.
 
Biras aku and H pi pilih lauk, aku ngan adik ipar duk sembang2 je. Tu dia... laki2 ni amik lauk, penuh meja. hohoho teruja ngan lauk yang banyak. Lauk2 pun best. Kari kepala ikan lagi, mentang2 la kat Penang. :) Nasi putih kat sini free je, tak kisah nak makan seperiuk pun, dia hanya caj lauk, and surprisingly murah giler.. punya la penuh meja kami amik lauk tadi.. kira2 hanya RM50 je. Kalau ada kat KL kedai camni sah2 aku buat kedai tu as dapur kedua aku.. :)
 
Now sorang2 kat hotel room, tadi mcm sedih je...poyo plak.. dulu beres je sesorang. Now bila dah kawin, bila kena duk sorang2 camni.. mcm empty.. :( . H dah balik tadi, aku hantar dia kat airport Alor Setar. Kali ni lak dia nak kena attend training. huhu. Tak la jauh sangat daripada town, aroung 10km gitu je kot. Tq to GPS la. Sekarang da kurang sedih skit. Tunggu masa nak sleep. Esok meeting pagi2. pas meeting leh drive balik key elll.. :)

Ok la.. nak sleep dulu.

Note : I miss my H soooo much. :) mood : gediksss

Saturday, June 15, 2013

Penang 150613

Short trip ke Penang, aku ada meeting and dtg awal sehari untuk jenjalan. Dah lama teringin nak mkn nasi kandar kat Penang. Terus la tadi sampai je Penang terus ke Georgetown cari nasi kandar line clear, sesat skit nak sampai.. Tapi at last jumpa dulu. Makan beria.. Puas hati. 

Pas makan terus pi check in hotel. Kali ni aku book kat gurney hotel. Tepi pantai. Nasib ada kosong, last 2 days call semua hotel kat penang penuh manjang.. Nasib la dpt bilik ni. Altho mcm menyampah skit masa check in tadi.. Sistem diorang slow kot.. Penat berdiri nak check in. Huh. Tapi pape syukur sbb dah leh rehat ni.
                           

Sambil2 tgu time nak kuar mkn malam ni.. Aku merajinkan diri menulis blog ni. Tak tahu nak wat pape.. h tgh layan maharaja lawak yg lama.. Penat drive tadi..hehehe.. So aku layan je game2 kat i pad ni. Mlm ni tgu adik ipar aku dtg amik kat hotel. She stay at bayan lepas.. So leh la pi jenjalan tanpa gps.. Hehe.. Kalau tak, sesat je nak bertekak ngan H.. ;)

Ermm tetiba nak caramel ice blanded.. Eeeee... Turun bawah beli dulu. Tata

Thursday, June 13, 2013

Sakit badan

Huhu lately sakit2 badan la plak.. Lenguh tu tak yah ckp la. Kul 9 da sleepy.. Apa tah yang x kena ngan badan ni. Umur 32 tp mcm da 60 thn lagaknya. Kalau kata sakit, H sure cakap aku ngada2 n over..huhu..

Last month da mula amik supplement, konon nak kasi sihat skit. Tak tahu la berjaya ke tak, tapi ikhtiar kan bgs. So aku borong la supplement dr farmasi. Gitu citernya. Masuk bulan kedua ni, so far ok la, selain ngantuk tu still ada.. 

Stress pun ye jugak.. Sometime leh buat badan x sihat. Otak asik pk yg bukan2. So kena amalkan healthynlifestyle ni.. Elakkan stress. Supaya badan sihat gitu.

Dah hampir 3 bln kawin ni... Hari tu tetiba sentap ngan sorang auntie H ni, tgh ramai org, beria lak tya aku da pregnant ke belom. Huh..tahu le anak dia yg kawin saing ngan aku da preggy. Badan org lain lain makcik oii.. Tapi aku jawab ok je la depan dia..altho in reality dlm hati ni.. Mcm kena ramas jantung je rasa. X tau y aku over sensitive.. Tapi aku ttp ngan pertanyaan2 yg aku rasa kurang happy ni.

Sebelum kawin, org semua tya bila nak kawin.. Dah kawin ni, tanya bila nak anak lak..kalau anak leh buat sendiri.. Amik beli kat mall, telah and push.. Kan senang. So sblm tiba masa Allah nak bg.. Sabar je la.. 

Mood hari ni : stress.. Huhu

Wednesday, June 5, 2013

Mood pape tah....

Hari ni terlewat bangun. Mcm lipas kudung aku bersiap. Alhamdulillah sampai dengan selamatnya kat opis yg disayangi ini.. Sayang gittew... Aku mmg mcm ni kalau terlebih sleep.. Akan jadi mengarut. Smlm, pukul 8 da sleep. Nasib sempat masak spaghetti untuk dinner. Pukul 1130 H kejutkan utk solat isyak.. Pening. Rasa mcm tanak bangkit je.. Uiii banyak sungguh syaitan yg berbisik. 

Mood swing lagi.. Rasa mcm tak puas hati dengan semua benda. Ishk.. Penat sungguh mood gini. Sebulan sekali jadi gini.. Hormon2!!! Camne ntah. Mcm2 benda aku. Dalam hidup ni, bukan semua yang kita nak, kita akan dapat. Keep ingat mcm tu. anasir jahat yg berbisik kat telinga ni mmg merimaskan. Kena dekatkan diri pada Allah.. Kena belajar untuk bersyukur dengan apa yg aku dpt setakat hari ini. So that boleh tempis suara2 jahat tu. 

Bismillahirrahmanirrahim... ya Allah.. Berikan aku kekuatan dan kesabaran untuk menempuh hari2 mendatang. Kurniakan aku rezeki yg halal dan tabahkan hati aku dengan segala cubaan dan dugaan. Amin..

Ok.. Nak start keje!

Tuesday, June 4, 2013

I need house...

Semenjak dua menjak ni.. Asik termimpi nak stay umah landed.. Maklum la.. Kecik2 dulu kat kg, mana la tinggal kat umah tinggi ni. Actually ok je stay apartment.. Guarded, facilities like ada swimmimg pool and kedai all. Tapi yg tak berapa ska ialah parking lot. Setiap rumah ada satu parking, altho aku ada 2 parking.. But still x cukup.. Tamak gittew.. And yg tak best bil nak ajak tetamu datang umah. With limited parking ni.. Mcm malas nak invite org dtg.ermmm..gitu la citernya.

So aku duk usha2 umah2 yg baru nak bina.. Mak aiii.. Kalau x de 600k keatas.. Tak yah la berangan. Somemoreeeee jauhnya dari kl. dah la mahal bulan 2 nak byr rumah.. Nnti mahal nak bayar tol.. Minyak all.. Ishk.. Tutup la niat ku.

Balik kg hari tu, duk sembang2 ngan biras.. Katanya try tgk rumah lama yg org nak jual. Ermm.. Betul jugak tu.. Usha2 lagi.. Mahal la jugak.. Tapi ada la yg dalam bajet. And lokasi pun x la jauh sangat. Berangan2... InsyaAllah ada rezeki can get. Hopefully dpt ler aku landed house. Aminnnn...

Kena usaha carik lagi. Bukan senang nak dpt umah kat kl ni. Yang aku nampak sekarang ni.. Mintak keje area kg la.. Build my dream house kat kampung.. Erkk.. Punya la nak umah landed.. Sanggup nak carik keje kat kg gittew.. But seriously.. I need house!!! 

Anyway aku bersyukur dengan umah skrg.. Just i need some space.. And laman..and tanah.. And ... Bla..bla yg best tentang umah landed.

Ok la.. Tu je entry hari ni.. Motip??.. I need house lerrr.. ;)