Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 30, 2013

Megi Ketam Bistro Dungun

Dah lama tak masukkan entry makan2 ni, bukan aku stop makan.. tapi tak sempat nak mengulas tempat makan.. sbb banyak sangat makan!! ishk.
 
Malam aku kat Dungun, aku ajak H pegi megi ketam bistro belakang UITM lama berdekatan dengan Pantai Teluk Lipat. Usaha nak cari megi ketam tu beria la jugak, sbb aku ingat2 lupa. Last masa cuti kawin ari tu, aku sempat 2 kali tetiba terjumpa kedai ni. Gittewww.. sbb terjumpa gitu, so untuk berjumpa kali ini, aku kena ikut jalan yg aku pegi tempoh hari and trace balik la jalan nya. huhu.. pelupa sungguh.
 
H dah kecoh2 kat sebelah..hehe.. aku drive je.. aku yakin aku akan jumpa. Andddd.. at last jumpa la jugak. Ramai jugak org malam ni. Kat situ bukan ada megi ketam je, banyak lagi makanan lain, goreng2, ikan bakar, seafood all la.
 
Ini la dia megi ketam ku .. slurpp
Sebab keinginan nak mencuba megi ketam, so aku cuba la. Kat sini harga megi ketam ikut berat ketam tu, so diorang buat ikut gred .. dari Gred A yang paling berat hingga ke Gred F kot. So aku amik yang sederhana, semangkuk megi dengan ketam seekor tu harga RM21. Nak mencuba katanya. Rasa megi ni best.. bak kata H, kuah megi ni leh buat termimpi2 la.. :) Ketam tu ok la, aku dapat yg penuh isi..best2. So kalau tanya aku kesedapan megi ketam ni, aku bagi 4 bintang out of 5 stars :)
 
Balik Dungun nanti nak pi lagi. :)

Pooh Balik Kampung

Jumaat lepas (26 April) aku cuti sbb nak hantar cik pooh balik kampung. Bertahun cik Pooh duk KL berkhidmat ngan aku. Banyak sungguh budi Cik Pooh. Tapi sbb cik pooh tak sihat ari tu dan mencuakkan aku, so aku terpaksa ganti dengan Goldfish dan buat keputusan nak hantar Pooh balik kampung. Lepas ni Pooh nak berkhidmat ngan ayah and mak plak. Kata mak leh guna Pooh nak bawak pi ngaji. :)

Pagi Jumaat, aku drive goldfish dengan ayah kat sebelah. Mak pulak nak balik petang ngan Judin. Pooh plak H yang bawak. Tq la kat H yang sudi drive Pooh dari KL ke Dungun. Bengkok pinggang katanya. huhu...
 
H drive Pooh :)
Kelakar pun ya, selepas Hentian Temerloh, tetiba indicator minyak Pooh menyala.. i need drink!!!.. H panik dan call aku, tanya kalau dah blink2 tu, bape jauh lagi leh jalan. Ermm.. aku belasah je kata sejam. Aku pun lupa, tapi seingat aku, setengah jam boleh je.. Tapi aku jawab je sejam, tanak H panik. Hehe.. So H dah bukak tingkap, off aircond.. bila turun bukit, free gear..hehe.. punyala cuak. Aku plak sambil drive Goldfish doa tak berenti.. jgn la mati sebelum sampai Hentian Gambang. At last sampai juga ke Hentian Gambang... terus isi minyak.. Alhamdulillah... :)
 
So petang tu kami sampai dengan selamatnya ke Dungun.

Sunday, April 14, 2013

Weekend

Bestnya cuti hujung minggu... pejam celik esok dah Isnin. Mcm cepat sangat berlalu. Tak puas lagi nak bangun lewat skit. Now dah jadi isteri ni, keja umah cam dah ada skit2.. ermm.. so far so good, just badan cepat penat. Hadoiii.. baru je 3 minggu. Aku rasa aku kurang bersenam dan buat aktiviti yang sihat. Walaupun ketika tulis ni.. aku baru je pas dinner.. nasi bagai..huaa..

Now lepak je dlm bilik, kaki dah lenguh..nak kata jogging tak jugak. Lepak je. Ishkkk.. nak tengok tv pun tak dapat.. ada orang nak tgk bola. tetiba pk nak pasang decoder kedua dlm bilik. Tapi tv takde.. hehe.. guane tu.. Kalau pasang decoder, kena bayar another 5o hengget kat Astro. Tapi sbb aku dah potong P1, ehem2..

Cakap pasal perbelanjaan, aku rasa tolak tambah..hutang2 bulanan still sama. Mcm aku terpk nak tambah decoder tu, baru berangan leh potong perbelanjaan utk p1 sbb dah potong, aku dah berangan nak amik 2nd decoder lak.. So sbnrnya sama sahajork.. Tolak p1 tambah Astro.

Bila la aku leh berjimat cermat skit. Nanti la akan aku cuba jadi insan yg berjimat..gittewww.. Huh.. malas la nak tulis banyak2.. tido je la.. Bosannnn..

Thursday, April 11, 2013

Cuti di Cameron

5-7 April 2013, sampai jugak aku  ke Cameron. Dah lama niat nak merehatkan diri dan otak yg dah sedia penat ni. Maklum beberapa bulan lepas macam-macam yg berlaku dlm hidup aku, So aku dah berangan-angan nak pi somewhere dan berehat. So aku pegi dengan H,  Jumaat dah cuti, gerak dlm pukul 10 pagi gitu. H drive. So aku just duk sblh jadi co pilot je la.

Sampai Cameron sempat singgah Kea Farm, teringin sweet potatoes..huhu. Nasib la ada. Pastu terus pi check in kat Strawberry Park Resort.

Sebelum pegi H dah tya, nak bawak jaket tak, kan sejuk nnti, aku confident jawab, tak yah, sbb cameron dah tak sejuk cam dulu. Sudahnya, masa aku pi ari tu, tetiba lak ujan. Huhu.. Sejuk giler.. Amik all the blanket dlm wardrobe. Balut badan. Terus aku hibernate. Most of the time aku sleep.. Giler x leh tahan sejuk.. Huh..
 
Salah satu sbb aku nak pi cameron kali ni ialah nak pi Boh Plantation kat Sg Palas, tapi malangnya tak kesampaian jugak kali ni, sbb half way kitorang naik bukit tu, kena pusing balik sbb ada pokok tumbang. Sudahnya minum teh di Bharat Tea je la.
 
Tak tahu nak citer apa sangat, tapi yg paling penting ialah, aku pi sana makan mcm tak penah jumpa makanan..huhu.. Orang kata lepas kawin bahagia..sebab tu gemuks.. :)
 
Anyway, aku happy dengan percutian ini. Tq to H yang sabar dengan kerenah aku yg macam2 ni. Next time kita pi jenjalan lagi ye :)


Tak abis2 ngan phone.


Tadaaa.. walaupun amik pic dengan mengiring cenggini pun, masih nampak gemuk..so mmg sah la, aku gemuk.


Dari dlm bilik, kat luar tu kabus je all the time


Breakfast.. nampak cam ok je.. amik roti, tapi not in the picture.. nasi lemak, nasi goreng, semua aku belasah..huhu


Ini dinner kitorang mlm kedua, steamboat.. tomyam nyer terbaek...


H pose ala2 bz ngan phone di ladang teh.

Thursday, April 4, 2013

My new goldfish- 2 April 2013

Alhamdulillah, At last dapat jugak kereta pertama. Maklum sebelum ni, pooh ialah pemberian daripada ayah.  Tapi disebabkan pooh tak sihat sangat and aku da fobia nak bawak. So aku buat keputusan nak beli kereta lain. Setelah difikir2, tanya pendapat H, Kengkawan.. so aku decide untuk beli preve. Altho ada yang ckp y preve, y tak almera, y tak vios.. jawapannya.. aku just nak preve. Aku hope preve ni, maintenance nanti tak mahal memandangkan kereta nasional. And aku bukan la nak drive preve ni untuk berlumba ke apa.. bak kata H, drive nak pi Brickfield je. :)
 
2hb April, Salesman Proton dah call.. cakap kereta boleh amik. Yoohoooo.. Happy. :) So lunch hour, aku pi ngan H. Sian dia, sbb sepanjang takde pooh, aku bawak demok.. and H kena bawak motor pi keje. Dah la petang2 ujan je lately ni. So now, aku da tak kaco demok.

My new car.. Goldfish

H Tengah check goldfish
 
Btw, tgh pk2 nak bagi nama apa kat kereta ni.. so aku decide nak bg nama goldfish. My goldfish :)