Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 30, 2012

Pameran Pengantin di SACC Shah Alam.

Balik daripada spa dan mid valley, aku just baring2, tetiba sangap lak.. ermm apa aku nak buat ni. Memang berniat nak pi pameran pengantin nak tgk promosi2 apa yg menarik disana. Tapi lepas balik spa tu, cam malas lak. Tapi guling2 bermalas di umah lagi buat aku boring. Sudahnya aku pegi jugak SACC tu nak cari kad kahwin.

Sampai kat situ, aku just aim kat booth2 kad kahwin je. Photography, doorgift, catering banyak je, tapi tak applicable pada aku yg dah siap semua tu. Ada la beberapa booth kad kahwin disitu, ada la aku berkenan dengan design dan harga, tapi sbb H takde bersama, aku ingat hold la dulu. Hope esok dia nak pi sini. Kalau tak, pakai tak tempah lagi ler..

Aku berkenan design yg simple je. Tapi yg simple2 pun mahal. huhu.. Niat di hati tak nak spend banyak on wedding cards ni sbb org buang je pun kad ni nanti.

Note : Semua booth kad kahwin sediakan harga pakej yang menarik, cuma aku tak nak pakej kalau boleh, sbb semua dah ada, cuma kad je yang takde lagi. So buat apa membazir nak beli kad yg dtg dengan pakej. Pada bakal2 pengantin yang tak sempat beli doorgift, nak pakai box untuk isikan doorgift, boleh la pi pameran mcm ni. Kalau tak silap aku next week lak ada pameran pengantin mcm ni jugak, tapi di Setia City, Klang.

Mata da ngantuk.. sleep dulu.. esok banyak lagi aktiviti aku ni. Hope H nak pi Shah Alam..

Manjakan diri di The Bunga Spa, Setiawangsa

Hari ni aku pegi spa di setiawangsa. Arina dah book kan tempat untuk kami memanjakan diri kat situ. Pukul 10am sampai kat situ. Kami book pakej dlm promosi, Pakej chocolate gitew. Pakej ni termasuk :
  1. Foot bath
  2. Sauna Herba
  3. Body Massage
  4. Lulur chocolate
  5. Normal Facial
Semua ni dapat dengan harga RM170, katanya harga asal dlm RM260. So pukul 2.30ptg baru selesai. Agak lama la kami duk situ. Daripada staff situ makan pagi, kitorang nak balik, dia da nak makan tengahari lak. overall treatment badan kat situ aku berpuas hati. Untuk facial pulak, normal facial ni, aku rasa biasa-biasa saja.

Staff yang mengurut kami tadi pun friendly la.

Monday, December 24, 2012

Prosedur Ujian Saringan HIV untuk Bakal Pengantin

24.12.12 - Alang2 kat kampung ni, aku decide nak pi buat ujian HIV ni. Kalau kat KL, nanti nak kena cuti bagai, so berniat nak settle alang2 H pun balik kampung jugak.

Aku dah call Klinik Kesihatan Kerteh dan dimaklumkan ujian boleh dilakukan pada 2-3pm. So aku pi dengan H awal skit. Lunch dulu kat MC D dengan Athirah. Memang dah janji dengan Thirah nak lunch sama2 sbb lepas tu nak pi tempah kek.

Settle tempah kek, aku dan H pergi ke Klinik Kesihatan Kerteh. Huhu.. sedih nya, cannot do the test coz we did not bring the form from Pejabat Agama. Judin kata takde form, so aku gamble je la pi. Maybe prosedur dah berubah in 2 months kot. So aku dah stress. Ingat nak settle jugak by today. Kesian jugak dengan H yang sakit gigi tu.. da drive jauh2 tapi tak dapat settle.

Jam dah pukul 3pm, decide nak amik form kat Pejabat Agama Daerah Dungun. Alang2 dah tak leh buat ujian HIV tu. 3.20pm sampai Pejabat Agama, aku terus beli borang. 2 set dengan harga RM2. Dapat penerangan daripada pegawai di Pejabat Agama sedikit sebanyak. Now kat tangan aku ada borang untuk buat HIV test tu. Aku ajak H pegi ke Klinik Kesihatan Kuala Dungun. Gamble je, mana tau still boleh buat ujian tu. 

Alhamdulillah, sampai ke klinik, tengok jadual kat situ, ujian boleh dilakukan sampai pukul 5. Allah membukakan jalan untuk kami. Pukul 5pm, selesai urusan kami. Yayyy... Ujian HIV dan talassemia dah settle. Alhamulillah....

Note : Tengah tunggu kat klinik tu, H suh baca satu quote kat dinding klinik. SENYUM ITU PENAWAR... and terus aku leh senyum meleret. Stress ilang.. :)

Sunday, December 23, 2012

Di kampung

Balik kampung kali ni, dah mula hujan. Non stop. Aku sleep lena je. Lama pun ya..ishk.. bilik aku tido pun sama gelap ngan cuaca mendung. Apa lagi, sleep je la. Kata nak rehat kan, so dapat la rehat. dalam2 rehat tu, stress pun ada la jugak. Ada je benda yang aku tak puas hati tu. Untuk wedding check list, ingat ada la yg boleh aku update statusnya daripada pending kepaa done, tapi ada je yg tak settle. Sudahnya, mood aku pun swing, dan aku rasa malas nak settle kan need to do list aku tu.

Biarkan dulu, sampai masa aku ada mood nanti, aku buat balik. Like now, baik aku tgk tv and sleep je. Puas hati. Mana2 yang buat semak kepala, tinggalkan je dulu. Hidup ni terlalu singkat untuk bebankan kepala. 

Chow...

Friday, December 21, 2012

Shopping @Nilai 3

Semalam aku bercuti,bukan untuk rehat @ home,tapi nak sambung shopping barang2 untuk majlis aku nanti di Nilai. Last week dah pegi, tapi semalam aku join H and his family. Actually aku tak payah pegi pun takpe,leh je kim kat H.Tapi memandangkan aku ni tak pernah berpeluang nak mingle2 with his family,aku decide nak join sama.

Overall ok la,altho mula2 aku kekok jugak nak sembang and jalan sama2 dengan family dia. Mak,kakak dan adik dia ada semalam. So kami pergi 2 buah kereta ke sana. Serius aku kekok mula2 nya..mcm mana nak bersembang mesra dengan orang yang baru kita kenal. Tapi sbb sama2 "ganu", so mmg senang je nak masuk korum. Loghat da sama katanya.:)

H cool je bila shopping with family dia ni,hari tu ngan aku, cam tak sabar skit..nak cepat je.. hurmmm.. tapi semalam,mood dia cantik. i loike!! so pasni kalau aku nak shopping lama2, kena ajak semua family dia ni.. :)

Malam pulakpi dinner kat umah abang H. Boleh la.. altho i cannot eat much becoz diet katanya..plus,tak leh makan ikan sungai..huhuhu.. tapi penutupnya best..Aku leh makan durian lagi..

So..malam balik penat.. zzzzz... what a long day..tapi alhamdulillah,semua berjalan lancar.

Note : Yayyy.. today balik kg!

Thursday, December 13, 2012

Happy Birthday - Hafizu

12.12.12, Hapy Birthday En Hafizu. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan tercapai segala yang dihajati.. Amin.



Petang semalam decide nak pi makan kat Shogun. Japannese Buffet Restaurant. Kata H nak pi kat Solaris Dutamas. Ada shogun kat situ. Aku dah rasa bukan kat Solaris Dutamas, sbb masa aku google, Shogun ni kat Solaris Mont Kiara. Sudahnya kuar dari Solaris Dutamas dan pergi la ke Mont Kiara. Betul la, its there. So kul 8 da sampai situ. Buffet kat sini start kul 6pm sampai 10.30pm.

Pelbagai jugak la yg terhidang, tapi aku tak la reti sangat nak makan makanan jepun,korea ni. So amik la sikit2. Kata diet kan.. tapi semalam hancus jugak la. Diet2 pun.. semua aku amik skit2, tak membukit pinggan aku? huhu

Rate buffet dalam 57 nett cam tu per head. Sapa yang suka makan makanan jepun, mmg berbaloi la pegi. So pas kenyang terus la balik. And aku pening!!.. apa yg aku makan buat aku jadi pening pun aku tak tahu. Maybe kebetulan sahaja kot. ada org kata badan aku tak cukup rest. maybe la kot.

Monday, December 10, 2012

Shopping @ Jakel Shah Alam

Sabtu lepas aku heret my bestfren ke Jakel. Nak kena carik baju nikah. Bila kira2, aku tak beli lagi kain untuk nikah. Disebabkan aku ni bersaiz yg sangat comel, so aku nak kena tempah semua baju.huhu. hazab la skit, tapi sbb bila pk2 balik, ni untuk majlis perkahwinan.. aku sanggup la mengeluarkan duit skit untuk baju2 ni semua. Kalau ikutkan, aku dah banyak berjimat la, tapi bila kira2 balik.. mahal wei beli baju nikah ni.

Aku berkenan dengan chiffon beaded, kainnya best giler, design lak, simple giler sbb aku pk, pasni aku nak pakai lagi, so tak leh la beli yg over. Disebabkan Jakel tengah sale ni, so aku dapatla beli kain dengan harga yang berpatutan, altho aku rasa cam mahal, tapi aku pejamkan mata je la. Demi kain2 yang aku berkenan. Semalam bila duk kira2, total baju aku dan baju en tunang, plus ngan tempah2, dlm RM3000. Maybe aku tak nampak sangat sbb beli secara berperingkat. Untuk baju reception kedua2 belah pihak, kami dah beli untuk dijadikan hantaran tunang. So bila nak tempah baju, aku hanya tambah lace untuk baju aku, dan beli baju nikah untuk aku dan J.

So untuk tempahan pulak, tunggu la gaji bulan 1 or 2. hehe.. hazab la jugak, tapi kena la sacrifice skit. pasni kena control makan, sbb takut baju tak muat.. huhu

Sesapa yang bajet nan hado cam aku ni yang bercadang nak buat baju nikah,reception.. better beli secara berperingkat, so tak la nampak beban sangat.

Same goes to beli barang hantaran, pun beli secara berperingkat, tak la menggeletar sangat masa nak membayar nanti. :)

My Wedding Checklist

Setelah dibincangkan, kami sepakat nak buat majlis perkahwinan ini pada :

Majlis Nikah & Kenduri dirumah aku : 22.03.2013 ( Jumaat )
Majlis di rumah H : 23.03.2013 ( Sabtu )

Pada mulanya kami nak 15.03.2013, ini sebab aku dah silap tengok jadual. I thot masa tu cuti sekolah, sekali tahun 2013, cuti sekolah dilewatkan ke hujung2 bulan 3. Apa lagi, aku terus menggelupur call Jurunikah, Catering dan pelamin untuk tukar tarikh.

Setiap tempat aku buat checklist, tapi asik lupa mana aku letak buku. So now aku nak update kat blog ni. Selagi aku ingat password aku, selagi tu aku leh guna blog ni :)

1) Prosedur
  • 1) Jurunikah : Telah maklumkan pada Ustaz tarikh yang ditetapkan : Done
  •  Urusan di pejabat agama : Borang nikah dah amik 24.12.12. : Done
  • 3) HIV test : Done (24.12.12)

2) Catering
  • Telah hubungi dan maklumkan tarikh kepada Kak Ju Catering , cuma perlu berjumpa untuk perbincangan lanjut.
  • Masakan pengantin : Telah hubungi Kak Wa ( Cousin ) Untuk lead masak pengantin.Menu telah di pilih - Done

3) Pelamin + Aksesori
  • Telah hubungi dan maklumkan tarikh kepada Kak Yati pelamin- Done

4) Baju

  • For her
Baju Nikah : Chiffon Beaded (creme ) : Done
Baju Reception (Belah lelaki ) : Lace (Peach) : Done
Baju Reception (Belah perempuan ) : Lace (Grey) : Done

  • For him
Baju Nikah : Creme : Done
Baju reception ( Belah lelaki ) : Peach : Done
Baju reception (Belah perempuan) :  (Grey) : Done


Tempahan di :  D Zihni boutique Bangi  pada
Baju nikah  & reception perempuan(8.12.2012) - 2 pasang : Done
Baju nikah & reception lelaki & perempuan (16.12.2012)- 4 pasang : Done
Note : Baju Recep,akad dan bertandang (L&P) diambil pada 19.01.2013

( Veil untuk grey dan dusty pink tak siap lagi )- Done



5) Kad Kahwin
  • 1000 kad - Tempah di My One Card ( Pertama Complex, dapat info dr Pameran Pengantin di SACC Shah Alam) - 30.12.2012 : Done
  • Deposit : RM100 - Done

6) Doorgift
  • Bahulu pecah 8 (Kotak)
Tempahan sebanyak 1000 kotak. Supplier akan hantar terus ke Dungun, dijangka sampai pada pagi Khamis 21.03.2013

Deposit untuk booking date : RM100 (Done)
Bayaran pertengahan RM1000(12.01.2013) : (Done)
Bayaran Akhir : Setelah bahulu sampai ke Dungun : Pending


  • Gelas Ikea + Paper Bag : Done
D.I.Y untuk 200 unit

Perancangan :
Gelas Ikea : Pending
Paper Bag : Done
Towel Cup Cake : Done
Kerepek : Done

7) Bunga Pahar
Bunga pahar = 100 kuntum : Done

8) Hantaran
  • For him : Menggunakan bakul dan hiasan bunga sebanyak 11 dulang : Pending
    • Shoe : Done
    • Wallet & Belt : Done
    • Perfume : Done
    • Watch : Done
    • Shirt & Pants : Done
    • Gadget : Done
  • For her (Barangan )
    • Handbag : Done
    • Perfume : Done
    • Shoe : Done 
    • Watch : Done
9 ) Kek
  • Hantaran : Kek bulat fondant - Done
  • Acara potong kek : Kek Fondant 2 tingkat - Done 
10) Hiasan Bilik Tidur
  • Langsir - Done
  • Bedsheet -Done
11) Pakaian Ahli Keluarga (Blue & Maroon)
  • Lelaki (x3) - Done
  • Perempuan (x2) - Done
    • Mak - Done 

Majlis Pertunangan 27.10.2012

Hari ini telah hampir 2 bulan aku menjadi tunangan J. Alhamdulillah, cinta yang aku tunggu selama ini hadir dan semakin hari hati aku kuat bersamanya. Tq sbb sudi menunggu dan bersabar dengan aku. Majlis pertunangan yang berlangsung pada 27.10.2012 (Hari Raya Qurban yang ke 2 )sungguh bermakna. Dengan kehadiran semua saudara dan rakan2.. buat aku gembira. Walaupun Puteri Lindungan Bulan tiada disisi, tapi aku tahu, dia gembira untuk aku.

Sememangnya aku gembira dengan majlis pertunangan ini. Im engaged!!

Note : J dah tukar status di FB (Engaged), aku ikut sama tukar untuk sama2 dengan en.tunang ku :)

Pemergian Permata Hati Keluargaku

Lamanya aku tak update blog. Berkurun kot. Banyak sangat yang berlaku. Keluarga aku ditimpa musibah. Adik tersayang telah pergi meninggalkan kami buat selamanya. Aku kalau boleh tanak ingat perkara ini. Tapi mati itu pasti, setiap yang hidup akan merasai mati. Tiada ubat yang boleh elakkan kematian. Semoga roh arwah adikku bersemadi dengan aman. Semoga beliau ditempatkan ditempat muslimah yang solehah..amin.. Alfatihah untuk adik. Kenangan bersama adik takkan dilupakan sampai bila2..

Adik akan sentiasa menjadi Puteri Lindungan Bulan kami..

Monday, August 27, 2012

New me

Salam Aidilfitri.. pejam celik dah abis cuti raya aku ni and now aku dah masuk opis. Lama sungguh tak datang and lost nak buat apa ni. end up aku rasa nak coretkan citer2 aku ni kat sini. Maklum lama sungguh tak update blog ini. 

Last Thursday, adik aku dah sah menjadi suami orang. :) dan aku pula? berjangkit la jugak. Lelaki yang mak aku kenalkan dulu, J. Aku dah buat keputusan untuk terima dia. Bukan paksaan, tapi bila dah banyak kali meluangkan masa bersama dia, aku rasa selesa dan tak salah untuk aku cuba. Hidup ini macam perjudian pun ye. Apa yang kita buat,pilih pada hari ini, akan datang kemungkinan akan jadi yang baik or maybe jadi yg tak baik. Tapi apa yang berlaku samada baik or not, semuanya ada hikmah disebaliknya.

So masa majlis adik, mak dan kakak dia dah jumpa aku, and aku rasa they are nice ppls.. :). Aku pulak terasa seperti diterima baik oleh mereka, sama macam mak n ayah or family aku terima J. Hope segalanya akan jadi baik selepas ini.

My ex bf pulak, sampai skrg masih mengharapkan aku. Tapi aku langsung tidak menipu Z dan J. Kedua2 aku cerita benda yang betul. Z kena terima kenyataan yang aku akan jadi milik orang lain selepas ini. J pula aku ceritakan bukan untuk memburukkan keadaan, tapi untuk cuba menjadi org yang jujur. And alhamdulillah dia matang untuk terima semuanya. 

So now aku kena start fikirkan tema dan majlis yang bakal berlangsung pada Hari Raya Qurban nanti. InsyaAllah aku akan bertunang dengan J. Semoga segalanya akan berjalan lancar. Amin.. :)

Wednesday, April 11, 2012

Update blog

Emm.. today ph. so cuti pertabalan agong. Aku bangun lambat. Bermalas2 on my bed is the best thing to do. plus pagi tadi heavy rain plak. Seronok berguling2 dalam selimut.


Semalam aku keluar lagi makan dengan J(Guy yg mak aku kenalkan). I need to know him better. So everytime dia ajak aku keluar. I'll go. So smlm we makan2 and chit chat. I told him bout my dark side of me. Aku ni garang, tak baik and rebellious. So dia kata dia the other way. Perangai sangat berbeza. Kids like him so much. Aku? ermmmm nope...


So lps makan, he hantar aku ke kereta. say bye2 and i drove. Phone ringing. Z call. Asking me y im so quiet and didnt reply his sms. So i said i tak larat coz demam. But really, pagi tu im so sick. Tak larat. And i think i need to make a move.


Today, he did not texting and call me pun. So biar la. Malas nak pk. Orang kata kalau jodoh tu ada, tak kemana. Aku serah segalanya kepada Allah. Hanya Dia yang maha mengetahui.

Tuesday, March 20, 2012

Sangap

Erm.. now sambil2 tgu citer fav kat tv, terasa nak write something. Apa ye.. ermm pasal my bf? ishk dia tu .. lembab. Just now i baru balik drpd dinner with my new friend. Guy. Mak kenalkan. Adik kawan dia. Orangnya ok2 je.. nampak baik. Tapi aku tak ska bau rokok tu.huhu. Macam2 la aku ni kan.


 

Friday, February 24, 2012

Emosi lagi

Huh... sad..sad and sad. Altho im happy last 2 days because something that i really hope to happend, menjadi spt yang dikehendaki. But im still sad.. sad because im all alone. I hate this feeling. My bf is suck. He did not know im sad. Sad because of him. Too slow. Sampai bila i need to wait for him. Apa rahsia yang dia sembunyikan. My best friend is getting marry soon. When hear about that, im happy for him, but i feel empty. My friend is so happy counting the day. But me? Cant do anything.. because did not know bout my future with him.


Last week, i met one guy. Look ok and nice man. Do i need to erase my bf from my heart and try to befriend with the new guy? He always texting and sometime call me. I try to talk to him. Ok je. Next week, he ask me for wayang. ermm.. i said yes. So hope i can treat him good. I dont want to waste my time waiting my slow bf kot.


I da mcm gile.. asik tulis i hate my bf.. nanti i overwrite..say i love him pulak. Mad.


Pape pun. hope yang terbaik happend in the future. Amin

Friday, February 3, 2012

Hati sedih

Now da kat kampung. Habis all the exam, tak tau lepas ke tak sbb masa nak exam hari tu otak berkecamuk. Tak abis2 dengan aturan jodoh. Ermm.. y la jodoh ku ni sangat susah. Tapi aku tak menyesal being myself. Maybe ada ketentuan olehNya yang aku sendiri atau semua org pun tak tahu.

Bf aku yang slow tu pun cannot do anything. Lembik sangat nak pertahankan relationship aku ni. Aku plak, dah jumpa dengan semua yang nak diperkenalkan pada aku, tapi semua tak menjadi. All that yg berlaku tu salah aku ke? I keep asking to myself, tapi bila aku pk2 balik, semua yang berlaku adalah atas kehendakNya. So sbg manusia yg lemah ni, bersabarla. Serta kena bersyukur. Maybe aku ada kelemahan kat satu perkara ni, tapi mesti ada kelebihan yang diberiNya pada kita di perkara2 lain plak. Itu la yang aku pk setiap kali aku sedih.

One statement from mak yang buat aku kecik hati sampai sekarang...

"Biarla dia (me) hidup sorang2 pasni, nampak sangat kita (mak and ayah ) yang beria nak jodohkan dia "

Statement tu sampai hari ni aku rasa segar je kat telinga aku ni. Dia sedih sbb aku cold masa nak kenalkan dengan sorang lagi lelaki. Tapi dia tak tanya nape aku cold masa tu. Masa tu aku cold bukan sebab apa, dengan kerja opis yang berlambak, final exam aku lagi. So aku kusut. Tapi dia tak pernah tanya pun.

Sedih sungguh masa tu. Tapi aku ni anak. So mmg aku yang sepatutnya mengalah. So aku diamkan diri after that. Nak kenalkan aku dengan sesiapa pun aku tak kisah. Aku pasrah sbb maybe tu jodoh aku.

Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menempuh hidup ini. Amin.